Assalamualaikum. Selamat Datang. Semoga Bermanfaat :D

Monday 27 April 2015

Temuduga PISMP IPG 2015

Assalamualaikum semua~


27/04/2015

Secara umumnya, hanya calon yang melepasi ujian kelayakan calon guru (ukcg) shja yang layak dapat temuduga ni. So, i guess i am the lucky one? alhamdulillah.

Jika anda terpilih, silalah membuat persiapan yang secukupnya fizikal dan mental :)
Dah takkk ada temuduga individu . Berkumpulan sahaja. Kumpulan pun ikut subjek :)

SEBELUM :

  1. Sediakan segala apa maklumat/gambar/sijil dan lain lain yg diminta. setiap apa yang disediakan pastikan ada salinan yang dah disahkan. jangan lah lupa ya. nanti anda yang susah masa hari temuduga tu.
  2. Susun segalanya ikut susunan ok? semuanya ada dalam surat tawaran.
  3. Pakaian anda tu nampaklah ciri seorang guru . 
  4. Rajin rajinlah tanya senior/ bincang dalam kumpulan 'whatsapp' :P
**GROUP WHATSAPP IPG JOHOR IS THE BEST :P.
 LAGI LAGI ADA CKGU KAUNSELING TU. CIK NUR YG PENDIAM**


Apa apa yang saya akan tulis hanyalah pengalaman saya. Kalau tak sama dengan awk,awk dan awk, itu masalah awak :PPPPP


7pagi tu dah bertolak dari rumah. bla bla bla. Sampailah ke Dewan Harmoni. Tak ada pendaftaran pun. Calon calon terus berkumpul, ada sedikit taklimat. Lepastu duduk kat depan bilik temuduga masing. Kenal kenal dengan orang baru :) 

Utk saya yang subjek sains sesi 2, dalam jadual , temuduga patut mula 11pagi. Tapi kami mula pada 10 pagi ( erm baguslah )
Semasa kumpulan pertama tu, sempat lah curi curi nengok kumpulan 1. haha :P video ttg lirik lagu Keranamu Malaysia. tapi mmg tahu setiap kumpulan video tak sama punya.

10PAGI
Kumpulan 2 ada 7 orang. Tapi 6 je yang hadir. Saya giliran ke 6. (dalam hati kata alhamdulillah tapi alamak orang ke 6 nanti isi banyak dah tak ada) tapi..... (stay tune!!)

Kami duduk ikut giliran
mcm ni lah. saya yang warna hijau tu lah. orang hujung la katakan. tapi 2 orang panel tu duduk depan lagi lah



PANEL 1: Assalamualaikum dan slmt sejahtera semua.

SEMUA : **jawablah salam**

PANEL 1 : Tahniah bla bla bla bla bla. Sebelum tu, saya nak tnya, ada kat sini yang dtg sebab kena paksa dengan ibu bapa? 
**semua geleng diam**
Bagus.Ok perkenalkan diri kamu. Mula daripd kamu *tunjuk orang pertama*

Jenuh nak menunggu (poyo poyo sikit)

SAYA : Assalamualaikum kepada para panel dan semua. Terima kasih kerana bagi saya peluang bercakap. Nama saya......, bersekolah di...., tinggal di....,keluarga..... ,hobi.....,cita cita....

[tips: buat yang 'simple' sahaja. pastikan awk jujur dan yakin dgn setiap apa yang awk ckp tu agar boleh dikembangkan kalau ditanya lagi]

PANEL 1 : OK, right now, when i ask in english, you must answer it in english.

*beliau pun mula tanya seorang2 berdasarkan apa yang kita jawab tu masa perkenalkan diri*

O1 : So you said, you were in boarding school. Describe your life there.
O2: Tell me about the novel you read 
O3: Tell me abt your father's routine as a rubber tapper.
O4: Describe the religious book you read recently (sbb dia kata dia suka baca buku religious)
O5 : So you like to cook macaroni. Tell me how you cook it.
O6 (ME) : Describe more abt your father's career . *telan air liur*

((hati hati dengan apa yang ditutur))


PANEL 2 : Tamatlah sesi perkenalan kita. Lepas ni, saya akan tunjuk video. Dalam kumpulan , bincang.
(noted that the meaning of 'bincang' is someone needs to be the one who talk first) 

[VIDEO OSMAN BAKU DI KLINIK]
memang popular video2 osman baku. you can KIV it if you have this iv.

PANEL 1 : BINCANGKAN.


krik krikk kirikkkkkk
Siapa yang nak cakap dulu, dipersilakan. Dah tdk ikut giliran lagi.

yela yelah aku lah yang angkat tangan dulu -.- 

BLA BLA BLA BLA BLA BLA BLA BLA BLA
(mana boleh cerita lebih)

TIPS
  • pastikan anda ada konfiden yang tinggi, berani, pandai huraikan. lagi bagus kalau dapat kaitkan dengan segala falsafah pendidikan negara semua (aku x buat pun)
  • apa yang penting dalam perbincangan ni adalah kerjasama. jangan nak seorang je yang pegang perbincangan tu. dah nama pun perbincangan. macam forum gitu. :P
  • elakkan menyampuk orang lain bercakap. sabar ye. tau lah banyak isi :P
  • boleh je bawa kertas kosong & pen/pensel utk catat apa2.( sbb aku buat, panel x mrah pun)


NAK TAHU TAK APA YANG PALING 'BEST' ?
tak ada punnnn tanya pasal kementerian , falsafah, pelan pembangunan  dan lain lain. :)
tapi mesti ingat,semuanyaaaaa bergantung kepada panel.
100% KBAT DAN SPONTAN .
mesti sentiasa bersedia utk diminta menjawab dalam BI atau BM.


((maaflah ingat nak tulis lagi panjang, tapi ada kesulitan masa))



ada soalan boleh tanya, sebab memang entri ni pendek .

NI






No comments:

Post a Comment

leave a comment